Kisah penciptaan manusia pertama oleh Allah SWT itu diulang-ulangi beberapa kali penceritaannya dalam Al-Quran. Setiap kali diulangi ia diberi penekanan yang berbeza. Dalam surah Al-A'raf (Surah ke-7) misalnya, apabila peristiwa itu diceritakan lagi, penekanan diberikan kepada sebab-sebab mengapa iblis tidak mahu tunduk kepada manusia. Di sini juga dijelaskan asal mulanya permusuhan antara iblis dengan manusia. Suatu permusuhan yang abadi, bermula daripada detik manusia pertama diciptakan Allah di syurga, hinggalah ke har--hari akhir sebelum kehidupan manusia di dunia ini diakhiri dengan kedatangan Kiamat. Al-Quran merakamkan ulangan peristiwa ini pada surah Al-A'raf ayat 11~25, seperti berikut:
Dan sesungguhnya Kami telah ciptakan kamu, lalu Kami bentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kepada Adam." Mereka semua sujud, kecuali iblis, dia tidak termasuk dalam golongan yang sujud. (11)
Allah berfirman: "Apakah yang menghalangmu daripada sujud ketika Aku perintahkan kamu?" Dia menjawab: "Aku lebih baik daripada dia. Engkau ciptakan aku daripada api, dan Engkau ciptakan dia daripada tanah." (12)
Allah berfirman: "Turunlah kamu darinya, kerana tidak patut kamu berlaku sombong didalamnya. Oleh itu keluarlah. Sesungguhnya kamu dari golongan yang hina." (13)
Iblis berkata: "Berilah aku tempoh hingga hari mereka dibangkitkan." (14)
Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu dari golongan yang diberi tempoh." (15)
Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau menyebabkan aku tersesat, maka demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalang mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus. Kemudian aku akan datangi mereka dari hadapan mereka dan dari belakang mereka, serta dari kanan mereka dan dari kiri mereka, dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka itu bersyukur." (16~17)
0 comments:
Post a Comment